Wednesday 4 December 2013

HARGA, SPESIFIKASI, GAMBAR DAN PERBEZAAN PERSONA SV DENGAN PERSONA STANDARD

Mungkin ramai yang telah mengetahui baru-baru ini PROTON Edar telah melancarkan varian terbaru Proton Persona iaitu Proton Persona SV selepas mendapat maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas.. SV membawa maksud “Super Value” yang membawakan kereta mampu milik kepada rakyat malaysia.

Proton Persona SV datang dengan dua beg udara, tali pinggang hadapan, brake cakera pada kesemua tayar, ABS dan EBD. Rim 15 inci beserta tayar 195/60. Kekurangan pada versi ini ialah tiada lampu kabus dan cermin sisi adalah mamual.
Persona SV masih menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) dan dan pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan keselamatan pemanduan. Enjin ini dapat menghasilakn kelajuan 110 kuasa kuda pada 6,500 rpm.
Suspensi Proton Persona SV diambil dari MacPherson. Proton Persona SV didatangkan dengan warna Solid White, Bronze Garnet, Tranquility Black, Genetic Silver, Fire Red, Chiffon Green atau Atlantic Blue(Biru Suprima).
Harga Proton Persona SV lima kelajuan manual (RM44,938 solid, RM45,388 metallic) dan Proton Persona SV empat kelajuan auto (RM47,938 solid, RM48,388 metallic). Harga adalah atas jalan beserta insurance untuk semenanjung malaysia. Ia didatangkan dengan dua tahun atau 50,000 km waranty.
Proton juga turut menyediakan pakej menarik. Hanya dengan RM388/bulan anda sudah mampu memiliki Proton Persona SV.

Berikut adalah Harga PROTON Persona SV Dan Spesifikasi Penuh.
PERBEZAAN PERSONA SV DAN PERSONA STANDARD

JADUAL PEMBAYARAN PROTON PERSONA SV
GAMBAR PROTON PERSONA SV





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...